Arena : Keserasian Blue Warriors belum pada tahap terbaik
Tiga pemain kebangsaan dan tiga tonggak import baru diyakini mampu memperkuatkan PDRM dalam usaha mereka untuk mara ke final buat kali ketiga berturut-turut dalam Liga Hoki Wanita Malaysia 2018, bermula 18 Januari ini.
Jurulatih PDRM, Zulkhairi Ariffin, berharap sentuhan Farah Ayuni Yahya, Norbaini Hashim dan Nurhaslinda Said boleh memberikan impak kepada pasukannya musim ini.
Walaupun tahun lalu skuad Blue Warriors dibarisi lima pemain kebangsaan, Zulkhairi percaya tiga tonggak sedia ada akan memberi saingan sengit dengan dibantu tiga bekas pemain kebangsaan India, iaitu Ritu Rani, Narender Kaur dan Reena Rani.
"India mempunyai tahap permainan yang lebih tinggi, jadi pemain lain mungkin mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan diri. Saya akan cuba membantu pasukan untuk mendapatkan keserasian itu," kata Zulkhairi.
Dalam pada itu, tiada isu berbangkit dalam mesyuarat pengurus-pengurus pasukan semalam, di mana pengarah pertandingan, Jusvir Singh, menjangkakan kesemua tujuh pasukan bersedia untuk beraksi.
Penyertaan tujuh pasukan musim ini nyata memberi kelegaan selepas hanya empat pasukan pada mulanya memberi lampu hijau untuk beraksi.
"Ini mungkin dapat menarik minat lebih banyak pasukan selepas ini. Mungkin kami akan menjemput pasukan luar negara untuk pusingan seterusnya. Ia dalam perancangan kami," kata Jusvir.
Tujuh pasukan itu, ialah KL Wipers, Blue Warriors, Penang Juniors, PKS Uniten, MSN Kedah, UiTM-KPT dan Terengganu Ladies.
Tag

Post a Comment