Arena : Sedia ganti Kumar
Penjaga gol Pasukan Hoki Terengganu (THT), Mohd Hafizuddin Othman, melahirkan keyakinan bersedia untuk menggantikan S. Kumar selaku benteng terakhir skuad negara selepas mempamerkan aksi menarik ketika menentang Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) dalam final Piala Tan Sri P. Alagendra di Stadium Hoki Bukit Jalil, malam tadi.
Dia terbukti sudah matang sekalipun pasukannya tewas 3-4 menerusi penentuan pukulan penalti dalam perlawanan itu.
THT dianggap boleh menarik nafas lega kerana memiliki penjaga gol yang mampu bermain di pentas antarabangsa seperti Hafizuddin.
Apabila ditanya mengenai peluangnya mengambil alih tugas Kumar dalam skuad negara, dia berkata: Ini adalah perlawanan yang mahu ditunjukkan kepada jurulatih negara, Stephen Van Huizen.
"Ia meyakinkan saya untuk menggantikan tempat Kumar.
"Saya rasa saya bermain dengan baik. Sebelum turun, saya mengharapkan kemenangan sebagai hadiah hari jadi saya hari ini," katanya.
KLHC merampas Piala Alagendra menerusi penentuan pukulan penalti apabila kedua-dua pasukan terikat 3-3 selepas 60 minit perlawanan.

Post a Comment