Arena : Syamim harap pengalaman Liga Itali, Oman tembusi skuad kebangsaan
Pemain Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) Mohd Syamim Yusof, bertekad menambat hati jurulatih kebangsaan, Stephen Van Huizen, menerusi penampilan terbarunya dalam saingan Liga Hoki Malaysia (LHM) 2018.
Syamim menggunakan kesempatan daripada peluang beraksi dalam Liga Hoki Itali dan Oman untuk menurunkan berat badan selain memperoleh pengalaman beraksi di luar negara.
Hasilnya, dia berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 8kg sepanjang berkelana selama tiga bulan di luar negara.
Lebih membanggakan, sepanjang mewakili kelab Al Seeb di Oman, Syamim berjaya meledak 15 gol dan membantu pasukannya itu muncul naib juara Piala Sultan Qaboos.
"Saya sudah bersedia untuk menghadapi musim ini, saya telah bekerja keras untuk pergi ke Itali sebelum ke Oman.
"Saya benar-benar bersedia untuk jadual musim ini yang lebih padat," kata pemain itu yang pernah mencipta nama ketika membantu Malaysia meraih tempat keempat dalam Piala Dunia Remaja 2013.
Dengan penampilan baru itu, Syamim berharap dapat memikat Van Huizen untuk berada dalam skuad Malaysian Hockey Tigers.
Menurutnya lagi, "Saya ada memikirkannya. Kalau diterima saya gembira tetapi jika tidak, saya akan meneruskan perjuangan di kelab luar negara."

Post a Comment