Arena : TNB mara ke suku akhir
Pasukan hoki Tenaga Nasional Berhad (TNB) mara ke suku akhir Piala Tan Sri P. Alagendra selepas meraih kemenangan 2-1 ke atas Maybank menerusi penentuan pukulan penalti, hari ini.
Dalam aksi pembukaan itu, kedua-dua pasukan bergelut untuk memburu gol pertama mereka dalam suku masa pertama.
Bagaimanapun, penguasaan permainan yang ditampilkan oleh TNB membuahkan hasil apabila meledak gol pada minit ke-19 hasil pukulan sudut penalti yang disempurnakan oleh Shahril Saabah.
Namun, skuad bimbingan Shaiful Azli itu mengatasi tekanan dalam suku ketiga perlawanan untuk menyamakan jaringan menerusi Mohd Faid Farhard.
Kedudukan terikat hingga perlawanan tamat dan TNB menggunakan pengalaman mereka untuk melakar kemenangan menerusi penentuan pukulan penalti.
Pengendali TNB, Nor Saiful Zaini, menganggap masih banyak yang perlu diperbaiki anak buahnya bagi menghadapi aksi seterusnya.
"Kami masih gagal untuk mencipta banyak peluang. Selepas Maybank bangkit menyamakan kedudukan, kami agak panik.
"Kami bersyukur mencipta kemenangan walaupun menerusi penentuan pukulan penalti," kata Nor Saiful yang tidak menolak pasukan TNB sememangnya sukar untuk ditewaskan.
"Saya berasakan pemain-pemain telah memberikan yang terbaik dalam perlawanan ini tetapi nasib tidak menyebelahi kami," tambahnya.

Post a Comment