Arena : THT akan bangkit dalam Piala Sumbangsih
Jurulatih Pasukan Hoki Terengganu (THT), Sarjit Singh, akan merangka strategi untuk memastikan anak buahnya bangkit merampas Piala Sumbangsih di Kuala Terengganu, Jumaat ini, selepas gagal mempertahankan Piala Tan Sri P. Alagendra.
THT tewas 3-4 di tangan Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) menerusi penentuan pukulan penalti dalam perlawanan akhir Piala Alagendra di Stadium Hoki Bukit Jalil, malam tadi.
Bagaimanapun, tugas lebih berat menanti KLHC untuk memburu Piala Sumbangsih apabila bertandang ke Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu, yang menjadi kubu kuat THT.
Musim lalu, THT tidak pernah tewas di Kuala Terengganu, sekali gus membayangkan perlawanan sukar buat lawan.
"Sudah tentu setiap musim sukar, maksud saya liga semakin sengit. Jadi, kami juga tidak boleh memandang rendah UniKL dan TNB," kata Sarjit.
"Kami agak kecewa kerana tidak dapat mempertahankan Piala Alagendra tetapi masih jauh perjalanan kami dalam liga dan Piala TNB. Saya harap kami mahukan baki piala yang ada," kata kapten THT,
Fitri Saari.
Sementara itu, pertahanan KLHC, Nicholas Budgeon, berkata: "Kalau kami bermain baik, kami boleh menewaskan mana-mana pasukan. Kami mengawal tekanan permainan dengan baik."
KLHC merampas Piala Alagendra menerusi kemenangan 4-3 dalam penentuan pukulan penalti apabila kedua-dua pasukan terikat 3-3 selepas 60 minit perlawanan.

Post a Comment