Arena : TNB pimpin carta

Pasukan Tenaga Nasional Berhad (TNB) cemas seketika apabila diikat Universiti Kuala Lumpur (UniKL) 2-2, sebelum bangkit dengan gol kemenangan dalam suku keempat aksi Liga Hoki Malaysia (LHM) untuk mencatat kemenangan 3-2 dalam perlawanan pertama musim ini.

Dalam aksi sebelah malam ini, kemenangan TNB dimulakan pemain kebangsaan, Muhamad  Ramadan Rosli, yang menggunakan sepenuhnya peluang terhidang pada minit ke-24 untuk membuka ruang lebih banyak gol selepas suku pertama berakhir tanpa jaringan. 

Bagaimanapun, UniKL menyamakan kedudukan dalam suku ketiga menerusi pukulan sudut penalti  Jeroen Dolf Hertberger. 

Pada ketika UniKL rakus mengatur asakan, mereka melakukan kesilapan dengan memberi penalti stroke kepada TNB yang disudahkan Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil pada minit ke-41.

Tidak berputus asa, UniKL sekali lagi bangkit menyamakan kedudukan berselang empat minit, juga menerusi pukulan sudut penalti Hertzberger. 

Akhirnya, TNB menggegar gawang UniKL buat kali ketiga yang juga merupakan gol kemenangan melalui Syed Syafiq Syed Cholan pada minit ke-55 untuk meletakkan mereka selaku pendahulu LHM. 

Terdahulu, Alif Sabron -- seminit sebelum wisel penamat ditiupkan -- memastikan keceriaan buat kem TNB Thunderbolts selepas membenam Maybank 2-1. 

Oscar William Wookey meletakkan Maybank di depan melalui penalti stroke (m-8) sebelum gol pendahuluan itu diimbangi oleh Muhammad Arif Syafie Ishak pada minit ke-43.

No comments

Powered by Blogger.