Bernama : TNB sasar kelompok tiga teratas
KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyasarkan untuk muncul antara tiga terbaik meskipun mengambil langkah berani mempertaruhkan kesemua pemain tempatan pada saingan Liga Hoki Malaysia (LHM) 2018 bermula Jumaat depan.
Ketua Pegawai Korporat TNB, Datuk Wira Roslan Ab Rahman berkata selain memastikan sasaran itu tercapai, objektif utama TNB adalah melahirkan lebih ramai pemain muda yang berpotensi untuk mewakili skuad kebangsaan pada masa hadapan.
Menurut beliau, selepas menamatkan saingan musim lalu di tempat keempat, TNB kini berada di landasan tepat untuk kembali memberi saingan lebih sengit selepas diperkuatkan dengan kehadiran dua pemain kebangsaan - Firhan Ashaari dan Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abd Jalil.
"Tahun sebelum ini kita mendapat tempat keempat jadi saya meletakkan sasaran sekurang-kurangnya untuk menamatkan saingan musim ini di dalam kedudukan podium. Kalau kami berjaya melepasi sasaran dengan muncul naib juara atau juara, ia merupakan satu bonus.
"Kami tidak ada masalah sekiranya ingin membawa masuk pemain dari luar, tetapi komitmen syarikat selain daripada mencapai kejayaan, kami juga ingin melihat kelahiran lebih ramai bakat-bakat tempatan yang satu hari kelak merupakan juga calon-calon pemain kebangsaan. Saya rasa itu objektif yang lebih besar," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis memperkenalkan pasukan hoki TNB dan TNB Thunderbolts di Kompleks Sukan TNB di sini, hari ini.
Sementara itu, ketua jurulatih TNB berkata ketiadaan penjaga gol utama S.Kumar yang digantung selepas dikesan positif ujian doping ketika mewakili negara pada Kejohanan Hoki Piala Asia 2017 Oktober lalu, sedikit memberi kesan terhadap persiapan pasukan.
Namun, beliau berharap kehadiran penjaga gol baharu, Mohammmad Hairi Abd Rahman mampu menggalas tanggungjawab penting tersebut.
"Kami mempunyai ramai pemain yang berupaya membuat jaringan di dalam liga ini jadi posisi penjaga gol adalah amat penting bagi setiap pasukan. Kehilangan S.Kumar yang selama ini dianggap sebagai tulang belakang pasukan sedikit memberi impak.
"Kita berharap beliau (Mohammad Hairi) boleh menggantikan tempat Kumar. Walaupun mungkin tidak sebaik Kumar, tetapi saya yakin beliau mempunyai kelebihan yang mampu menyaingi kehebatan Kumar," katanya.
TNB akan melayani kunjungan pasukan Maybank yang menamatkan saingan musim lalu di tempat kelima pada aksi pembukaan LHM Jumaat depan. - Bernama

Post a Comment