Kosmo : Dana TNB demi masa depan hoki
SATU inisiatif baharu perlu dilakukan oleh Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) bagi memastikan kemeriahan dan kerancakan liga hoki berprestij negara, Liga Hoki Malaysia (MHL) berterusan pada kempen tahun depan.
Ia selepas mengambil kira cuma enam pasukan mengambil bahagian dalam saingan Divisyen Premier MHL 2018 walaupun musim ini memperlihatkan petanda positif dengan kebanjiran ramai pemain import berstatus dunia.
Kebimbangan itu disuarakan rakan penaja MHC iaitu Tenaga Nasional Bhd. (TNB) sewaktu majlis memperkenalkan barisan pemain TNB dan TNB Thunderbolts untuk saingan Divisyen Premier MHL musim ini di Kelab Kilat TNB, Kuala Lumpur semalam.
Ketua Pegawai Korporat TNB, Datuk Roslan Ab. Rahman mencadangkan agar pasukan-pasukan negeri mengambil bahagian dalam MHL agar bilangan penyertaan akan bertambah sekali gus merancakkan semula saingan liga berorientasikan kelab itu.
“Kita perlu akui bahawa tahun demi tahun tiada peningkatan bilangan (pasukan) ambil bahagian. Mungkin kita perlu melihat tatacara atau pengolahan dengan penglibatan pasukan negeri atau (mewujudkan) liga negeri.
“Jika negeri-negeri boleh mewujudkan pasukan bertanding dalam liga negeri, mungkin ia boleh diangkat satu taraf dengan Divisyen Premier atau lebih tinggi. Inilah sumber untuk kita tanam ‘benih-benih’ bakal pemain kebangsaan.
“Kita mahu melihat Malaysia kembali terkenal sebagai gergasi dalam sukan hoki. Cara terbaik untuk merealisasikan impian ini adalah memastikan penumpuan atau medan disediakan buat pemain-pemain tempatan meningkat,” katanya.
Saingan Divisyen Premier musim ini sepatutnya membabitkan 10 pasukan, namun tiga pasukan iaitu Nur Insafi, UiTM dan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail memilih untuk beraksi dalam Divisyen Satu.
Polis Diraja Malaysia yang ‘dinaikkan pangkat’ ke Divisyen Premier bersama-sama Nur Insafi, pula memilih untuk menarik diri daripada bertanding musim ini.
Sehubungan itu, Divisyen Premier MHL musim ini kekal dengan enam pasukan iaitu TNB, TNB Thunderbolts, Kelab Hoki Kuala Lumpur (juara bertahan), Pasukan Hoki Terengganu (naib juara), Universiti Kuala Lumpur dan Maybank.
Pada masa sama, sebagai rakan penaja, Roslan mengakui TNB amat berbangga dengan kejayaan MHC memastikan banyak peningkatan pada tahun lalu dari segi liga melibatkan sekolah dan negeri serta prestasi menarik pasukan kebangsaan.
Majlis semalam juga menyaksikan TNB menyerahkan cek penajaan RM4 juta untuk tahun keempat kepada Timbalan Presiden MHC, Profesor Dr. S. Shamala dengan perjanjian keseluruhannya bernilai RM20 juta selama lima tahun dan kini berbaki setahun.

Post a Comment