BHarian : Ireland, Australia cabaran awal Malaysian Tigers
KUALA LUMPUR: Kapten skuad hoki negara, Mohamad Sukri Abdul Mutalib enggan ambil pusing dengan lawan yang bakal ditemui pada saingan Piala Sultan Azlan Shah bermula 3 hingga 10 Mac depan di Ipoh, Perak.
Sebaliknya pemain berusia 31 tahun itu berkata, Malaysian Tigers sememangnya sedar cabaran yang bakal dilalui di kejohanan itu nanti sekali gus dia menuntut rakan sepasukannya untuk bersedia berdepan apa juga rintangan.
Menerusi jadual yang dikeluarkan hari ini, skuad bimbingan Stephen Van Huizen akan memulakan saingan bertemu Ireland pada 3 Mac disusuli menentang pasukan ranking pertama dunia, Australia sehari selepas itu.
"Secara peribadi saya tak ambil kisah mengenai lawan yang akan kami temui kerana apa yang penting kejohanan ini adalah untuk persiapan terbaik ke Sukan Komanwel di Gold Coast, Australia, April nanti.
"Bagaimanapun saya akui kami perlu meraih keputusan yang baik kerana apabila mencatat kemenangan atau seri, ia menambahkan lagi minat penyokong untuk hadir ke stadium memberi sokongan.
"Kebiasaannya penonton akan bergantung kepada keputusan yang kita perolehi, jadi kami sebolehnya tidak mahu mengecewakan penyokong negara," kata Sukri.
Selepas Ireland dan Australia, Malaysia akan bertemu pemenang pingat emas Sukan Olimpik Rio dua tahun lalu, Argentina pada 6 Mac dan juara Piala Asia, India sehari selepas itu.
Malaysia akan melengkapkan perlawanan yang berlangsung menerusi format liga sepusingan itu dengan bertemu England pada 8 Mac.
"Prestasi Ireland sememangnya semakin meningkat kerana salah satu faktornya rata-rata pemain mereka beraksi di liga kompetitif di Eropah.
"Apapun kami fokus kepada setiap perlawanan dan cuba raih kedudukan paling baik," katanya.

Post a Comment