BHarian : PKS Uniten waspada ancaman TLHT

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih PKS Uniten-KPT, Lailin Abu Hassan menjangkakan pertembungan sengit membabitkan anak buahnya dengan juara bertahan Liga Hoki Wanita Malaysia, Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT) di Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu esok.

Kata Lailin, meskipun skuad bimbingannya itu dilabel antara pasukan pilihan untuk merebut kejuaraan liga musim ini, namun beliau berpendapat TLHT juga mempunyai kekuatan seimbang.

Kedua-dua pasukan masing-masing diperkuatkan dengan tujuh pemain kebangsaan dengan TLHT yang kini memimpin saingan liga mengumpul 13 mata selepas lima perlawanan.

Bagaimanapun PKS Uniten mengekori rapat di kedudukan kedua dengan mengumpul sembilan mata tetapi kurang dua perlawanan berbanding TLHT.

"Bertemu pasukan juara bertahan sudah pasti sukar. Saya rasa kedua-dua pasukan mempunyai kekuatan yang seimbang dan peluang untuk menang adalah 50-50.

"Kami perlu memperkuatkan pasukan daripada beberapa aspek terutama di benteng pertahanan," katanya.

Lailin yang juga penolong jurulatih skuad hoki wanita negara percaya TLHT pasti akan cuba untuk memanfaatkan kelebihan beraksi di halaman sendiri.

"Tapi sudah pasti kami juga akan memberi saingan sengit dengan cuba memanfaatkan segala peluang terbaik.

"Malah saya percaya kami sudah bersedia sepenuhnya untuk berdepan TLHT," katanya.

___________________________________

JADUAL LIGA HOKI WANITA MALAYSIA

- SELASA

UiTM mln KL Wipers, 8 mlm

(Std Hoki Nasional Bukit Jalil)

TLHT mln PKS Uniten-KPT, 5 ptg

(Std Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu)

Blue Warriors mln Penang Juniors, 5 ptg

(Std Tun Razak)

No comments

Powered by Blogger.