BHarian : RMAF Rajawali sasar penamat lebih baik
KUALA LUMPUR: Selepas menduduki dua tangga tercorot saingan Divisyen 1 Liga Hoki Malaysia 2017, RMAF Rajawali menetapkan sasaran untuk memperbaiki pencapaian itu apabila turun menentang Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dalam aksi pembukaan di tempat lawan, minggu depan.
Menurut pengurus RMAF Rajawali, Mohd Azamudin Mohd Roslan, walaupun kali ini dibarisi sepenuhnya anggota tentera, namun pasukannya tetap memburu pencapaian lebih baik dalam penyertaan tahun kedua Divisyen 1.
"Kami membariskan skuad campuran pemain muda dan berpengalaman yang rata-ratanya turut beraksi musim lalu.
"Malah berbekalkan persiapan latihan yang rapi sejak Disember lalu dan pendedahan beraksi dalam saingan Liga Hoki Pulau Pinang, saya percaya pasukan kami lebih bersedia kali ini," katanya ketika dihubungi hari ini.
Pada penampilan sulung mereka musim lalu, RMAF sekadar berpuas hati di kedudukan ketujuh daripada lapan pasukan.
Ditanya apakah sasaran yang paling tepat, Azamuddin berkata, kedudukan dua terbaik Kumpulan B Divisyen 1 sebagai buruan utama skuadnya kali ini bagi meraih tiket ke saingan Piala TNB.
Justeru, Azamuddin percaya kemenangan dalam aksi sulung menentang MBI begitu penting ketika beliau berasakan peluang kedua-dua pasukan seimbang.
"MBI pasukan yang kuat dan kami amat menghormati mereka. Jadi saya berharap pemain dapat melakukan sesuatu bagi membolehkan kami memulakan musim ini dengan langkah kanan.
"Selain aksi itu, tumpuan juga pastinya terarah kepada pertembungan dua pasukan pilihan Kumpulan B Divisyen 1 antara Kedah Hockey Team menentang UiTM pada hari sama dan Selangor Darul Ehsan membuat perhitungan dengan pasukan jiran OLAK."

Post a Comment