HMetro : Maybank lebih risaukan prestasi pemain
PENGENDALI Maybank, Shaiful Azli Abdul Rahman lebih memikirkan mengenai persiapan skuad kendaliannya berbanding pasukan lain menjelang aksi pembukaan Piala Tan Sri P Alagendra menentang TNB di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, esok.
Menurutnya, walaupun di atas kertas TNB tampak lebih kuat dengan kehadiran dua penyerang baharu Firhan Ashari dan Tengku Ahmad Tajuddin Ab Jalil, namun tetap menganggap segala-galanya boleh berlaku dalam aksi pertama.
“Saya lebih berminat memberi tumpuan mengenai pasukan sendiri berbanding bercakap mengenai pasukan lain ketika saya pun tidak pasti mengenai kekuatan TNB.
“Kelebihan tampak memihak TNB kerana pasti kehadiran Firhan dan Tengku Ahmad Tajuddin akan bawa perbezaan besar, cuma setiap pasukan pasti bermasalah untuk cepat sesuaikan diri pada aksi pertama,” katanya hari ini.
Bagaimanapun, finalis Piala Tan Sri P Alagendra musim lalu itu, hanya boleh menurunkan tiga pemain import iaitu penjaga gol Leon Hayward, Oscar William Wookey dari Australia dan Federico Bertoni (Argentina) pada aksi pertama itu nanti.
“Setakat ini hanya tiga import baru tiba manakala tiga lagi belum sampai dengan Oscar William Allan dijangka tiba esok, tetapi belum pasti sama ada boleh turun beraksi pada pertemuan esok.”
Dua lagi pemain import adalah Joshua Bertherton juga dari Australia dan Muhammad Azfar Yaacon (Pakistan).
Maybank pada musim ini tidak meletakkan sebarang sasaran tinggi kerana rata-ratanya dibarisi pemain muda.
Sekiranya Maybank memenangi aksi pusingan 16 pertama ini, mereka akan layak ke suku akhir bersama juara bertahan Terengganu Hockey Team (THT) yang tidak beraksi selepas mendapat bye.
Info
Jadual Piala Tan Sri P Alagendra
Pusingan 16 pertama
Esok
Kedah - NI mln KLHC
(Std Hoki Bkt Jalil 1, 4ptg)
TNB mln Maybank
(Std Hoki Bkt Jalil 2, 4ptg)
MBPJ Tigers mln MSNT-PHT
(Std Hoki Bkt Jalil 1, 6ptg)
Selangor D.E mln UniKL
(Std Hoki Bkt Jalil 2, 6ptg)
RMAF Rajawali mln UiTM
(Std Hoki Bkt Jalil 1, 8mlm)
TNB T’Bolts mln BJSS
(Std Hoki Bkt Jalil 2, 8mlm)
Olak mln Penang Hockey Club
(Std KLHA, 5ptg)
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 January 2018 @ 7:20 PM

Post a Comment