Kosmo : Misi baharu Zidane bersama TNB
PENYERANG skuad hoki kebangsaan, Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abd. Jalil yakin tidak menghadapi masalah untuk menyesuaikan diri dengan pasukan baharunya, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam saingan Liga Hoki Malaysia (MHL) musim ini.
Tengku Ahmad Tajuddin yang mesra dengan gelaran Zidane, sah mengikat kontrak setahun dengan TNB kelmarin selepas membuat keputusan untuk mencari angin baharu dengan meninggalkan gergasi tanah air, Pasukan Hoki Terengganu (THT).
Bintang dari Perlis itu akan beraksi buat kali pertama dengan 100 peratus kudrat pemain tempatan tanpa diperkuatkan tenaga-tenaga import berbanding kelabnya yang terdahulu iaitu THT dan Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC).
“Mungkin saya akan berdepan kesukaran dan terpaksa mengambil masa untuk sesuaikan diri dengan pasukan baharu. Namun, saya percaya situasi ini akan menjadi lebih baik untuk perlawanan-perlawanan akan datang.
“Saya akui cabaran kali ini lebih getir berbanding musim-musim dahulu kerana pasukan-pasukan lama yang saya wakili boleh dikatakan mempunyai bintang-bintang.
“Kali ini kami (TNB) mempunyai ramai pemain tempatan berbakat dan cuba mencungkil bakat mereka untuk dipersembahkan dalam saingan MHL kali ini,” katanya selepas tamat aksi persahabatan menentang KLHC di Stadium Hoki Kuala Lumpur kelmarin.
Sebagai rekod, Tengku Ahmad Tajuddin, 32, memulakan kariernya dalam saingan MHL dengan menyertai KLHC dari 2006 hingga 2012 sebelum memilih untuk menyarung jersi THT bermula 2013 sehingga musim lepas.
Tengku Ahmad Tajuddin akan membuat debut pertama bersama TNB menentang Maybank pada aksi suku akhir Piala Tan Sri P. Alagendra di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur petang ini.
Selepas tamat saingan Piala Tan Sri P. Alagendra, dia dan rakan sepasukan akan meneruskan kempen Divisyen Premier MHL 2018 dengan sekali lagi bertemu Maybank dalam perlawanan pertama pada 12 Januari ini.
“Setiap kali saya turun ke padang bersama mana-mana pasukan, saya akan cuba mencapai kemenangan dalam setiap perlawanan. Saya akan memberikan aksi terbaik buat TNB sepanjang saingan musim ini,” jelas Tengku Ahmad Tajuddin.

Post a Comment