Kosmo : ‘Buka mata’ kewujudan Malaysia
MALAYSIA seharusnya berbangga dengan prestasi dipamerkan skuad hoki lelaki dan wanita negara meraih pelbagai pencapaian sepanjang tahun ini sehingga berjaya ‘membuka mata’ gergasi-gergasi dunia.
Paling ketara sudah tentu kejayaan pasukan lelaki yang dikenali sebagai Malaysian Tigers meraih keputusan mengagumkan iaitu tempat keempat Separuh Akhir Liga Hoki Dunia (WHL) di London, pusingan akhir kelayakan Piala Dunia 2018, pada Jun lalu.
Ia sekali gus membolehkan Malaysian Tigers, No. 12 dunia, meraih tiket secara automatik beraksi pada pentas Piala Dunia 2018 di Bhubaneswar, India bermula November tahun depan.
Kejayaan tersebut tidak terhenti di situ apabila skuad lelaki muncul naib juara Piala Asia 2017 di Dhaka, Bangladesh dua bulan lalu dan merupakan pencapaian terbaik Malaysia sejak edisi pertama kejohanan itu dipertandingkan pada 1982.
Skuad wanita dengan gelaran nama Malaysian Tigress juga tidak kurang hebatnya walaupun pencapaian mereka tidak gah seperti pasukan lelaki.
Mereka gagal melakukan magis layak ke Piala Dunia 2018 yang akan diadakan di London pada Mei tahun depan kerana menghuni tangga tercorot Separuh Akhir Liga Hoki Wanita Dunia (WWHL) 2017 di Brussels, Belgium pada Jun.
Begitupun, anak-anak buah Muhammad Dhaarma Raj Abdullah itu layak dipuji dan diberikan penghormatan tinggi kerana penyertaan mereka pada Separuh Akhir WWHL 2017 itu adalah kali pertama dalam sejarah arena hoki wanita negara.
Ia terhasil selepas mereka mengukir sejarah baharu di tanah air sendiri dengan muncul naib juara Pusingan Kedua WWHL 2017 di Kuala Lumpur awal Januari lalu sekali gus meraih tiket beraksi di Brussels.
Bahkan ketua jurulatih Belanda, ranking pertama hoki wanita dunia, Alyson Annan tanpa segan silu memuji semangat juang dan corak permainan menyerang Malaysian Tigress sepanjang kejohanan di Brussels walaupun gagal melakar satu pun kemenangan.
“Saya sebenarnya terkejut dan gembira melihat corak Malaysia kerana mereka tidak bertahan sepanjang permainan. Mereka tetap melakukan serangan dan sering mendapat pukulan sudut penalti.
“Ia adalah satu petanda positif buat perkembangan hoki wanita Malaysia. Mereka bermain di sini (Brussels) pun sudah satu pencapaian membanggakan,” kata Annan yang merupakan legenda hoki dunia dari Australia yang kini memiliki kerakyatan Belanda.
Kecemerlangan sukan hoki terutama pasukan lelaki menyaksikan Institut Sukan Negara menyenaraikan 24 pemain daripada skuad Malaysian Tigers untuk diserapkan ke dalam Program Podium 2018 bermula awal bulan depan.
Bantuan dan sokongan terutama dari segi sains sukan hadir pada waktu yang tepat buat skuad lelaki yang akan mengharungi tiga kejohanan besar tahun depan.
Ia adalah Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia (April), Sukan Asia 2018 di Jakarta dan Palembang, Indonesia (Ogos) serta Piala Dunia 2018.
Misi seterusnya buat Malaysian Tigers tahun depan adalah melayakkan diri secara automatik ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun dengan memenangi pingat emas Sukan Asia 2018 untuk meraih tiket sebagai juara benua Asia.
“Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) amat berbangga kerana disenaraikan dalam Program Podium 2018. Sasaran seterusnya ialah pingat emas Sukan Asia supaya layak ke Sukan Olimpik buat kali pertama sejak 17 tahun lalu,” kata Presiden MHC, Datuk Seri Subahan Kamal.
Walaupun pasukan wanita tidak disenaraikan dalam Program Podium 2018, namun gergasi-gergasi Asia seperti China, Korea Selatan, Jepun dan India sudah tidak lagi memandang rendah kemampuan negara yang menghuni ranking ke-22 dunia.

Post a Comment