SH : KLHC perlu kembali ke landasan kemenangan

KELAB Hoki Kuala Lumpur (KLHC) perlu segera kembali ke landasan kemenangan apabila bakal turun menentang Universiti Kuala Lumpur (UniKL), hari ini.

Pengendalinya, Lim Chiow Chuan berkata, tewas kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) Ahad lalu perlu dijadikan pengajaran apatah lagi sebelum itu cemerlang memenangi Piala Tan Sri Alagendra dan Piala Sumbangsih baru-baru ini.



"Soal konsisten dalam persembahan perlu diambil kira oleh semua pemain. Kita tidak mahu kejayaan menang dua piala baru-baru ini mengganggu rentak permainan.

"Justeru, kebangkitan pemain perlu agar tidak tewas pada perlawanan seterusnya," katanya.

Jelasnya, lagi faktor keletihan mungkin menjadi punca tewas kepada TNB, namun tidak mahu menjadikan ia sebagai alasan.

"Memang jadual agak padat tetapi ia bukan alasan kerana semua pasukan juga menghadapi masalah sama.

"Yang penting adalah kita belajar dari kesilapan dan cuba menjadi lebih kuat selepas ini," katanya.

No comments

Powered by Blogger.