Arena : Sarjit mahu THT asak UniKL
Ketua jurulatih Terengganu Hockey Team (THT), Sarjit Singh, menyeru anak buahnya untuk memberikan persembahan terbaik ketika berdepan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dalam pertemuan separuh akhir kedua Piala TNB malam ini jika enggan berputih mata untuk mempertahankan kejuaraan.
Sebagai penyandang juara bagi tahun 2017, THT berdepan tugas getir apabila mereka kini ketinggalan secara aggregat 1-4 kepada UniKL.
Sarjit menjangkakan pasukan lawan akan turun dengan strategi bertahan memandangkan skuad kendalian Arul Selvaraj itu selesa dengan kelebihan tiga gol.
Justeru, sandaran terletak kepada jentera serangan THT yang ditunjangi Faizal Saari untuk merobek gawang UniKL.
“Semua pasukan apabila bermain dengan THT lain pula. Motivasi mereka 200 peratus kerana mereka mahu menewaskan THT.
“Jadi, kami perlu menerimanya. Kami akan menang tetapi sama ada jaringan cukup atau tidak untuk membawa kami ke final, saya tidak pasti. Bagaimanapun, saya pasti pemain-pemain saya akan memberikan aksi yang bagus,” katanya.
Sarjit turut mahu anak buahnya mendapatkan seberapa banyak pukulan sudut penatlti bagi membolehkan pemain import, Gonzalo Peillat, menjaringkan gol.
“Hanya satu perlawanan kami mendapat sembilan pukulan sudut penalti. Selalunya kami hanya dapat dua atau tiga.
"Tetapi, kalau hari ini (malam ini) kami dapat lima atau tujuh pukulan sudut penalti (PC), saya pasti kami mempunyai peluang. Saya percaya Peillat juga akan menjaringkan gol hari ini,” ujarnya.

Post a Comment