Arena : UITM-KPT juara divisyen satu
UITM-KPT muncul juara divisyen satu Liga Hoki Malaysia selepas menidakkan cabaran Politeknik-KPT 3-1 dalam perlawanan akhir di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, hari ini.
Selaku juara, UITM-KPT membawa pulang wang tunai RM30,000 dan medal sementara Politeknik-KPT meraih wang tunai RM20,000 beserta medal dan Kedah Hockey Team-NI yang berada di tempat ketiga membawa pulang RM 10,000 bersama medal.
UITM-KPT terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit kelapan menerusi jaringan padang yang disempurnakan oleh Muhammad Fitri Ismail, bagaimanapun jaringan itu mudah dipadamkan oleh Politeknik-KPT yang dihadiahkan pukulan penalti stroke apabila Mohamad Shazwi Rani menyempurnakan pukulan tersebut pada minit ke-11.
UITM-KPT yang turut dihadiahkan pukulan penalti stroke kembali di hadapan apabila Kavin Kartik Govindasamy menyudahkan pukulan tersebut pada minit ke-19, sekali gus menyaksikan perlawanan separuh masa pertama berpihak kepada UITM-KPT 2-1.
Politeknik-KPT mempunyai peluang terbaik untuk kembali mengikat kedudukan dalam suku ketiga apabila dihadiahkan pukulan penalti stroke, namun pukulan Mohamad Shazwi kali ini berjaya dibaca penjaga gol UITM-KPT, Mohamad Adi Fazri Abdul Rahim.
Nor Azrul Abd Rahman memuktamatkan kemenangan buat UITM-KPT selepas menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-58 dan keputusan 3-1 kekal sehingga tamat perlawanan.
Sementara itu, dalam aksi penentuan tempat ketiga, skuad bimbingan Dr Thaitchana Muruthi Subramania Velalar yang ketinggalan 2-0 pada separuh masa pertama bangkit untuk memenangi perlawanan apabila menewaskan SSTMI 5-2.
Muhammad Shahhairul Rusyaidi Abdullah terlebih dahulu meletakkan SSTMI di hadapan pada minit ke-12, sebelum Mohd Syawal Najmi Amiruddin menggandakan jaringan buat SSTMI pada minit ke-25 untuk meletakkan mereka selesa di hadapan pada separuh masa pertama.
Bagaimanapun, kedudukan tersebut tidak bertahan lama apabila dua jaringan pukulan sudut penalti pada minit ke-41 dan ke-45 yang disempurnakan oleh Ahmad Shabaz membantu Kedah Hockey Team-NI untuk mengikat kedudukan dalam suku ketiga.
Mohd Fahmi Nasir terus meletakkan Kedah Hockey Team-NI di hadapan pada minit ke-54 dan selang seminit kemudian, giliran Nur Rahul Hrsikesa Thaitchana Muruthi mengukuhkan kedudukan dengan gol keempat.
Beberapa saat sebelum masa sebenar perlawanan tamat, Nur Rahul Hrsikesa sekali lagi meledak gol buat Kedah Hockey Team-NI dan perlawanan tamat dengan kemenangan memihak kepada Kedah Hockey Team-NI 5-2.
Liga Hoki Malaysia (Divisyen satu)
Final
Politeknik KPT 1 UITM KPT 3
Tempat ke-3/4
Kedah Hockey Team-NI 5 SSTMI 2

Post a Comment