BHarian : 27 pasukan sahkan penyertaan
KUALA LUMPUR: Sebanyak 27 pasukan sudah mengesahkan penyertaan untuk beraksi di saingan Liga Hoki Remaja Malaysia yang bakal bermula 24 Februari sehingga 5 Mei depan.
Bagaimanapun, Pengurus Kejohanan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Bryan Fernandez berkata, pihaknya masih memberi peluang kepada beberapa pasukan untuk mengesahkan penyertaan mereka sehingga Isnin ini selepas tarikh tutup pendaftaran pasukan berakhir semalam.
"Memang tarikh tutup berakhir semalam tetapi kami memberi pertimbangan kepada satu atau dua pasukan untuk mengesahkan penyertaan mereka.
"Jumlah 27 pasukan ini memang kurang berbanding 30 pasukan musim lalu.
"Sebab ada negeri dan pasukan yang tidak dapat menghantar pasukan kerana beberapa kekangan termasuk masalah kewangan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Jelas Bryan, 10 pasukan bakal beraksi untuk Divisyen Satu sementara baki 17 pasukan akan dibahagikan kepada dua kumpulan di Divisyen Dua.
"Kemungkinan untuk Divisyen Dua akan dibahagikan kepada dua kumpulan berbanding tiga musim lalu.
"Tapi apapun segala keputusan muktamad akan diketahui pada Isnin ini selepas saya mengadakan perbincangan bersama Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan (Geroge Koshy)," katanya.

Post a Comment