BHarian : Jangan harap belas ihsan: Dhaarma
KUALA LUMPUR: Kesungguhan tinggi ketika beraksi di saingan Liga Hoki Wanita Malaysia ketika ini adalah antara kriteria utama ditekankan ketua jurulatih skuad hoki wanita negara, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah.
Menurut Dhaarma, tiada istilah belas ihsan dalam proses pemilihan 26 pemain terbaik untuk diserap ke kem latihan skuad kebangsaan bagi menghadapi saingan sepanjang tahun ini.
"Ada beberapa pemain yang saya lihat menunjukkan kesungguhan tinggi ketika turun beraksi. Inilah sebenarnya yang saya mahukan," kata Dhaarma.
"Anda tidak boleh mengharapkan belas ihsan saya selepas tidak menunjukkan apa-apa peningkatan permainan. Perkara ini (belas ihsan) tiada dalam lanskap hidup saya."
Bagaimanapun Dhaarma berkata, peluang sememangnya masih terbuka luas baik kepada barisan pemain muda atau bekas pemain kebangsaan untuk dipanggil menyertai kem latihan skuad negara.
"Nasihat saya kepada barisan pemain muda terutamanya, cuba dapatkan tempat dulu dalam skuad 26 pemain yang akan saya pilih untuk kem latihan skuad negara.
"Seandainya anda tidak terpilih untuk senarai 18 pemain ke kejohanan terdekat iaitu Sukan Komanwel di Gold Coast, Australia, peluang masih ada untuk beraksi di kejohanan lain.
"Apa yang penting adalah cuba yakinkan saya terlebih dulu bahawa anda berhak berada dalam senarai 26 pemain terbaik," katanya.
Selain Sukan Komanwel, skuad hoki wanita negara juga akan beraksi di Trofi Juara-Juara Asia serta Sukan Asia.

Post a Comment