HMetro : Malaysian Tigress uji NSWIS sebelum Komanwel
KONFEDERASI Hoki Malaysia (MHC) merancang persiapan lebih rapi bagi persediaan skuad wanita negara ke Sukan Komanwel April ini dengan mengatur perlawanan persahabatan menentang New South Wales Institute of Sports (NSWIS) seminggu sebelum temasya di Gold Coast itu.
Ketua jurulatih Malaysian Tigress, Dhaarma Raj Abdullah berkata, dua perlawanan itu akan diadakan di venue pertandingan di Gold Coast pada 28 dan 30 Mac sebelum mereka melaporkan diri di perkampungan sukan keesokan harinya.
“Buat masa ini MHC sudah mengatur dua perlawanan persahabatan menentang pasukan berstatus negeri di Australia iaitu NSWIS yang mana kami akan menguji venue pertandingan.
“Ada kemungkinan juga kami berpeluang berdepan pasukan kebangsaan Australia sebelum membuka kempen dalam Sukan Komanwel,” katanya selepas meluangkan masa pada sesi motivasi bersama pelajar SMK St Francis di Melaka semalam.
Dhaarma menyatakan kegembiraannya dengan kualiti pemain yang beraksi dalam Liga Hoki Wanita yang sedang berlangsung ketika ini.
“Saya gembira dengan kualiti permainan mereka terutamanya pemain muda yang saya ambil selepas Piala Razak 2017 kerana menunjukkan peningkatan. Malah semua pemain yang digugurkan sebelum ini juga beraksi cemerlang kali ini,” katanya.
Pada sesi motivasi itu, turut menyaksikan buku kisah kejayaan Dhaarma bersama skuad Projek 2013 - “Siapa datang, kita langgar” - diletakkan di perpustakaan bekas sekolahnya itu untuk dijadikan sebagai panduan serta penghormatan buatnya.

Post a Comment