Kosmo : Perhitungan sang juara KLHC
PELUANG Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) memburu empat kejuaraan musim ini masih diteruskan selepas berjaya menewaskan Tenaga Nasional Berhad (TNB) 4-0 pada aksi Divisyen Premier Liga Hoki Malaysia (MHL) di Stadium Hoki Kuala Lumpur semalam.
Kemenangan itu menghidupkan peluang KLHC untuk mempertahankan kejuaraan liga yang dimenangi tahun lalu dengan juara musim ini akan ditentukan pada aksi terakhir liga esok.
KLHC akan merangkul gelaran ketiga musim ini selepas terdahulu memenangi Piala Tan Sri P. Alagendra dan Piala Sumbangsih, jika berjaya menewaskan pendahulu, Pasukan Hoki Terengganu (THT) pada aksi terakhir di Stadium Hoki Kuala Lumpur esok.
Ketua jurulatih KLHC, Lim Chiow Chuan berharap anak-anak buahnya mengekalkan momentum dan corak permainan yang sama seperti ditunjukkan ketika mencatatkan kemenangan bergaya ke atas TNB semalam.
“Walaupun hilang khidmat ramai tonggak tetapi saya amat berbangga dengan prestasi semua para pemain hari ini (semalam). Mereka semua yang bermain atas padang hari ini (semalam) adalah wira KLHC.
“Kunci utama kemenangan ke atas TNB ini disebabkan semangat juang tinggi, disiplin yang baik dan kesungguhan mereka sendiri untuk menang. Saya harap aspek positif ini dikekalkan untuk aksi terakhir nanti (esok),” katanya selepas tamat perlawanan semalam.
KLHC sedar mereka perlu menang ke atas TNB walau apa cara sekali pun walaupun terpaksa beraksi tanpa kehadiran tonggak utama seperti Muhammad Razie Abd. Rahim, Nabil Fiqri Mohd. Noor, Mohammad Izad Hakimi Jamaluddin, Nicolas Budgeon dan Mathew Willis.
Corak permainan menyerang dari awal permainan dan disiplin tinggi dipamerkan barisan pemain KLHC membolehkan mereka meledak empat gol menerusi Muhammad Hafizuddin Zaidi dan Jang Jonghyun yang masing-masing menjaringkan dua gol pada perlawanan tersebut.
Menjelang aksi terakhir liga esok menentang THT, Chiow Chuan lega kerana skuad bimbingannya akan kembali diperkuatkan dengan dua tonggak import dari Australia, Willis dan Budgeon yang terpaksa menjalani penggantungan satu perlawanan semalam.
Chiow Chuan, bekas penolong jurulatih skuad hoki lelaki negara, percaya faktor kepenatan tidak akan menjejaskan para pemainnya bertemu THT esok walaupun terpaksa berhempas pulas untuk menewaskan TNB tanpa bilangan pemain yang cukup semalam.

Post a Comment