SH : Awas kebangkitan THT

PENGENDALI Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Arul Selvaraj mengingatkan pemainnya supaya berhatihati dengan kebangkitan yang bakal dilakukan pasukan Hoki Terengganu (THT) dalam separuh akhir kedua Piala TNB, esok.

Dalam separuh akhir pertama kelmarin, UniKL melakukan kejutan terbesar apabila menewaskan penyandang juara itu 4-1.


Jelas Arul, kemenangan itu bukan alasan untuk pemainnya bergembira kerana THT pasti akan melakukan segalanya untuk mengubah keputusan tersebut.

“Ia satu persembahan baik dari pemain. Tetapi yang lebih penting, kami kena mempertahankan kedudukan jaringan yang ada.

“Kami juga perlu bekerja keras menggandakan usaha untuk mengekang bahagian serangan THT.

“Tahniah kepada pemain yang menunjukkan aksi cemerlang dalam perlawanan semalam,” katanya.

Sementara itu, kejutan turut tercipta dalam satu lagi perlawanan separuh akhir apabila Tenaga Nasional Berhad (TNB) menumpaskan Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) 3-2.

Namun, bagi pengendali KLHC, Lim Chiow Chuan, kekalahan tersebut bukan masalah besar sebaliknya yakin mampu mara ke perlawanan akhir.

“Kami masih mempunyai peluang walaupun kalah. Kekalahan ini juga kerana kami gagal menyudahkan peluang dengan baik.

“Persembahan ini bukan persembahan terbaik pemain tetapi saya percaya mereka akan meletakkan kekalahan itu di belakang dan terus fokus untuk perlawanan kedua,” katanya.

No comments

Powered by Blogger.