SPEEDY TIGERS MASIH PERLUKAN ROSLAN
Dengan kes doping S Kumar belum lagi ada pendengaran serta prestasi semasa beberapa penjaga gol muda, kami rasakan khidmat Roslan masih diperlukan sekurang-kurangnya untuk tempoh setahun dua ini.
Roslan telah membuktikan usia bukan penghalang untuk beliau beraksi sehingga dinobatkan Pemain terbaik perlawanan akhir tempohari.
Prestasi Hafizuddin yang mewakili THT agak tidak menentu sepanjang liga TNB berjalan. Malah beliau juga dilihat telah digantikan oleh Sarjit dalam beberapa kali semasa perlawanan termasuk pada final semalam.
Secebis harapan boleh diletakkan pada bahu Hairi yang kelihatan agak konsisten mengawal pintu gol TNB sepanjang liga berlangsung.
Dengan kalendar hoki tahun ini yang cukup padat, kita perlu "menghasilkan" seorang penjaga gol yang berwibawa seberapa pantas yang boleh.
#penanghockeyfan
-Penang Hockey Fan

Post a Comment