BHarian : PKS Uniten-KPT, Blue Warriors berentap
KUALA LUMPUR: PKS Uniten-KPT dan Blue Warriors akan membuat perhitungan pada final Piala Vivian May Soars, Jumaat ini selepas mengatasi lawan masing-masing pada separuh akhir hari ini.
Seperti yang diramalkan, PKS Uniten tidak berdepan masalah untuk meneruskan pemburuan gelaran kedua musim ini apabila berpesta gol membelasah KL Wipers 11-2 di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil.
Sementara Blue Warriors pula terpaksa bermandi peluh sebelum menewaskan juara bertahan Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT) 1-0 di stadium sama selepas itu menerusi jaringan padang Nuraslinda Said pada minit ke-50.
Pertembungan PKS Uniten-KPT dan Blue Warriors pada final dijangka menarik kerana masing-masing jelas mempunyai hajat tersendiri bagi merangkul kejuaraan yang menjanjikan hadiah wang tunai RM20,000.
PKS Uniten yang sudah meraih mahkota liga, pastinya mahu melakar sejarah unik meraih gelaran berganda buat kali pertama berbeza pula dengan Blue Warriors yang berhajat menjulang piala sulung sejak menyertai saingan itu pada 2015.
Tiga pemain PKS Uniten, Nuraini Abdul Rashid, Hanis Nadiah Onn dan Fatin Shafika Mahd Sukri masing-masing mencetak hatrik dalam perlawanan itu.
Baki dua lagi gol skuad kendalian Lailin Abu Hassan itu disumbangkan Nur Aisyah Yaacob dan Nadia Zamri, sementara Siti Nur Amirah Azmi dan Hasya Syahida Saifuddin menjaringkan gol sagu hati buat KL Wipers.
"Perlawanan hari ini pemain begitu dahagakan kemenangan, ia dapat disaksikan apabila pemain begitu tajam, malah Nuraini juga tidak mensia-siakan setiap peluang menerusi pukulan sudut penalti.
"Hanis tampak kembali menemui rentak permainan sebenar hari ini dan sama juga dengan Fatin, jadi saya harap mereka dapat meneruskan permainan seumpama ini bagi final nanti," kata Lailin.

Post a Comment