HMetro : Akur kekuatan Kookaburras
JUARA dunia, Australia seperti dijangka mudah menundukan pasukan tuan rumah, Malaysia 3-1, untuk mencatat kemenangan kedua dalam saingan hoki Piala Sultan Azlan Shah di Stadium Azlan Shah, di sini sebentar tadi.
Dengan kemenangan itu skuad Kookaburras kini mendahului kejohanan edisi ke-27 itu dengan enam mata.
Juara Olimpik, Argentina juga menghimpun enam mata selepas mengatasi Ireland 5-3 dalam perlawanan terdahulu.
Jangkaan Malaysia mampu meneruskan rentak cemerlang seperti ketika membaham Ireland 4-1 semalam tidak menjadi kenyataan kerana lawan kedua ini nyata bukan tandingan.
Namun kemenangan tidak mudah buat juara sembilan kali itu apabila menerima tentangan sengit daripada anak buah Stephen Van Huizen.
Bagaimanapun semangat juang kental semata-mata tidak mencukupi buat skuad Malaysia Tigers melakukan sebarang kejutan ke atas pasukan juara dunia itu yang nyata berada dalam kelas tersendiri.
Namun pujian bokeh diberikan kepada Razie Rahim serta rakan sepasukan yang berjaya membatas Australia kepada tiga gol oleh Corey Weyer pada minit ke-10, Dylon Wotherspoon (m-29) dan Aaron Kleinschmidt (m-43).
Marhan Jalil menjaringkan gol saguhati Malaysia pada m-53.
Terdahulu, India dan England berrkongsi satu mata selepas terikat 1-1.

Post a Comment