HMetro : England rantai India
ENGLAND bangkit pada suku akhir keempat perlawanan untuk mengikat India 1-1 dalam saingan hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-27, di Stadium Azlan Shah, di sini, sebentar tadi.
Ketika kekalahan berada di ambang mata, Mark Gleghorne menyamakan kedudukan melalui pukulan penalti lapan minit sebelum tamat aksi untuk menyelamatkan maruah pasukannya.
India yang tumpas 2-3 kepada juara Olimpik Rio, Argentina, pada perlawanan pembukaan semalam berjaya mengulangi persembahan menarik pada hari ini.
Kesungguhan pasukan Sjoerd Marijne membuahkan hasil, apabila Shilanand Lakra menjaringkan gol pada minit ke-14.
Ketika ditemui, Marijne nyata berpuas hati dengan persembahan anak buahnya itu yang semakin menunjuk peningkatan.
"Pemain menunjukkan peningkatan perlawanan demi perlawanan. Mereka baru bermain bersama. Malah ini perlawanan keempat mereka," katanya.
Bagi jurulatih berkenaan, satu mata yang dikutip itu tetap berharga dalam menentukan kedudukan India nanti.
Dalam pada itu, jurulatih England, Bobby Crutchley memuji anak buahnya yang tidak berhenti berjuang hingga ke wisel penamat.
Katanya, kejayaan mengikat India itu menghidupkan peluang pasukannya selepas tumpas 4-1 kepada Australia, semalam.

Post a Comment