HMetro : Australia kekal rekod, atasi Argentina
AUSTRALIA mencatat kemenangan kelima berturut-turut sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah dalam Kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah dengan menumpaskan Argentina 3-1, sebentar tadi.
Kemenangan itu mengesahkan kedudukan juara dunia itu selaku pasukan terunggul apabila mengutip maksimum 15 mata.
Argentina yang juga juara Olimpik Rio itu terpaksa menelan kepahitan mengalami kekalahan kedua selepas tumbang kepada tuan rumah, Malaysia.
Argentina mengutip tujuh mata hasil dua kemenangan dan sekali seri.
Apapun, Australia terpaksa bangkit selepas ketinggalan hasil pukulan sudut penalti, Gonzallo Peillat pada minit ke-21.
Bagaimanapun, Aaron Kleinschmidt berjaya menyamakan kedudukan empat minit kemudian.
Ketika perlawanan tampak menuju keputusan seri, Australia membunuh lawan apabila menjaringkan dua gol dalam tempoh seminit melalui Trent Mitton dan Kleinschmidt pada m-55 dan 56.

Post a Comment