Kosmo : Malaysia kempunan ke pentas final
HASRAT skuad hoki negara melangkah ke pentas final Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) tidak kesampaian apabila tewas 2-7 kepada pasukan No. 7 dunia, England di Stadium Hoki Azlan Shah, Ipoh, Perak malam tadi.
Kekalahan itu menyaksikan Malaysian Tigers, No. 12 dunia, sudah empat tahun berturut-turut kempunan untuk merasai pentas final sejak muncul naib juara pada 2014.
Ia juga secara tidak langsung meranapkan impian skuad negara untuk cuba memenangi kejohanan itu buat kali pertama sejak anjuran edisi pertama di Kuala Lumpur pada 1983.
England sukar ditandingi buat skuad negara yang akur bermain penentuan tempat ketiga dan keempat menentang juara Sukan Olimpik yang juga pasukan ranking kedua dunia, Argentina pada hari terakhir petang ini.
Skuad kendalian Bobby Crutchley itu berjaya menjaringkan tiga gol dalam tempoh lima minit suku masa pertama menerusi Mark Gleghorne (m-10), Ollie Willars (m-11) dan Barry Middleton pada minit ke-15.
England ternyata dalam kelas yang berbeza sebaik suku masa ketiga bermula apabila Middleton meledak gol keempat England pada minit ke-31.
Pemenang pingat gangsa Kejohanan Eropah 2017 itu menambah derita Malaysian Tigers dengan tiga lagi gol menjadikan kedudukan 7-0 menerusi Sam Ward (m-38, m-41) dan Gleghorne pada minit ke-48.
Malaysian Tigers membuat kebangkitan pada lewat permainan menerusi gol Muhammad Razie Abd. Rahim dan Muhammad Marhan Mohd. Jalil, namun sudah terlewat apabila kedudukan 7-2 itu kekal hingga tamat.
Skuad negara akan menentang Argentina pada klasifikasi tiga dan empat hari ini, manakala England yang menjuarai edisi tahun lalu bersama Great Britain bakal membuat perhitungan dengan Australia pada aksi final malam ini.

Post a Comment