HMetro : Perak terus dominasi, Pahang cipta kejutan
MARUAH Perak hampir tercalar sebelum bangkit menewaskan Johor pada aksi final Kejohanan Hoki Bawah 16 tahun Kebangsaan sekali gus mengekalkan kejuaraan itu buat tahun kedua berturut-turut.
Skuad bimbingan Abdul Sukur Adam memenangi perlawanan itu menerusi penentuan penalti 5-3 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam aksi permainan sebenar.
Menurut Sukur, beliau memberi kredit kepada barisan pemainnya kerana dapat memastikan kemenangan selepas dilihat kehilangan fokus pada suku terakhir permainan.
“Pemain membuktikan mereka mampu beraksi dengan baik terutamanya di awal permainan, tetapi di hujung permainan mereka sedikit gugup mungkin kerana 80 peratus pemain muka baharu saya ini belum pernah merasai suasana final.
“Secara keseluruhan kredit perlu diberikan kepada anak buah saya kerana menunjukkan semangat juang tinggi untuk mengekalkan gelaran,” katanya selepas tamat perlawanan.
PEMAIN Pahang cipta kejutan benam juara bertahan.
Pada perlawanan di Stadium Hoki Bukit Jalil itu, skuad Perak yang garang di awal permainan terlebih dulu mendahului aksi menerusi jaringan pukulan sudut penalti minit kelima Zulhanif Sahran.
Johor yang lebih banyak berkampung di awal permainan akhirnya memperoleh jaringan penyamaan menerusi pukulan sama pada minit ke-35 yang disudahkan dengan baik oleh Alfarico Lance dan kedudukan itu kekal hingga ke wisel penamat.
Bagaimanapun, Perak harus berterima kasih kepada penjaga golnya, Rusyaidi Mohamad Rizal yang tenang menyelamatkan dua pukulan penalti Johor untuk memastikan kejayaan pasukannya itu.
Melaka pula meraih tempat ketiga selepas mengatasi Pulau Pinang 1-0 menerusi jaringan Muhammad Iqram Yahaya.
Sementara itu, Pahang muncul juara kategori wanita selepas menjinakkan juara bertahan Kuala Lumpur 3-0 hasil gol Nurul Fatin Fatiah Azman, J Thibatharshini dan Nur Syazwani Zakaria.
SENARAI ANUGERAH:
Lelaki
Juara: Perak
Naib Juara: Johor
Tempat ke-3: Melaka
Tempat ke-4: Pulau Pinang
Fairplay: Sabah
Pemain Terbaik Perlawanan Akhir: Alfarico Lance Liau Jr (Johor)
Penjaga Gol Terbaik: Noriqmal Darish Norhashimi (Melaka)
Penjaring Terbanyak: Haziq Haiqal Daus (Sabah) - 6 gol
Pemain Terbaik Sepanjang Kejohanan: Muhammad Amirul Aiman Ariffin (Melaka)
Perempuan
Juara: Pahang
Naib Juara: Kuala Lumpur
Tempat Ke-3: Melaka
Tempat Ke-4: Terengganu
Fairplay: Perlis
Pemain Terbaik Perlawanan Akhir: Nurul Fatin Fatiah Azman (Pahang)
Penjaga Gol Terbaik: Fitri Amiera Ramlee (Pahang)
Penjaring Terbanyak: Nurul Fatin Fatiah Azman (Pahang) – 8 gol
Pemain Terbaik Sepanjang Kejohanan: Nurul Natasya Mohd Asrul (Kuala Lumpur)

Post a Comment