Kosmo : Enggan episod malang berulang
PENYERANG skuad hoki negara, Muhammad Shahril Saabah tidak rela episod malang empat tahun lalu di Glasgow, Scotland berulang pada Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia yang akan membuka tirainya secara rasmi dari 4 hingga 15 April depan.
Seluruh peminat hoki tanah air digemparkan dengan berita kekalahan memalukan Malaysian Tigers kepada pasukan ranking ke-31 dunia, Trinidad & Tobago dengan keputusan 2-4 sewaktu saingan peringkat kumpulan di Glasgow empat tahun lalu.
Lebih malang, kekalahan tersebut dilihat faktor utama pengendali ketika itu, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah yang kini merupakan ketua jurulatih skuad hoki wanita negara, direhatkan daripada tugasnya sebaik tamat Sukan Komanwel 2014.
Sehubungan itu, Shahril yang genap usia 23 tahun esok, tidak rela peristiwa sama berulang terutama apabila menentang pasukan ranking dunia paling rendah dalam Kumpulan B iaitu Wales (No. 24 dunia) di Gold Goast bulan depan.
“Dahulu semua orang cakap Trinidad tak bagus, cuma pasukan biasa sahaja tetapi selepas itu satu Malaysia terkejut kami kalah. Sebenarnya banyak kami dapat pelajari daripada kekalahan pada perlawanan itu.
“Bagi saya, jangan ambil mudah mana-mana pasukan tidak kira ranking tinggi atau rendah. Setiap perlawanan kami perlu beri 100 peratus komitmen. Prestasi 100 peratus sudah cukup, tidak perlu 120 atau 200 peratus.
“Kalau semua pemain beri 100 peratus, saya percaya pasukan mampu meraih keputusan positif. Saya sendiri tekad untuk memberikan apa yang saya ada demi kemenangan pasukan negara,” katanya kepada Kosmo! semalam.
Terdahulu, Shahril ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) sebelum skuad hoki lelaki dan wanita negara berlepas ke Gold Coast semalam.
Selain Wales, Malaysian Tigers, No. 12 dunia, akan berdepan India (No. 6), England (No. 7) dan Pakistan (No. 13) dalam Kumpulan B, manakala Kumpulan A terdiri daripada Australia, New Zealand, Kanada, Afrika Selatan serta Scotland.
Pada Sukan Komanwel 2014, skuad negara sekadar meraih tempat ketujuh daripada 10 negara dengan pencapaian terbaik Malaysia adalah pingat perak sewaktu edisi 1998 di Kuala Lumpur.

Post a Comment