HMetro : Sikit lagi nak seri
HASRAT Malaysia meraih pingat gangsa dalam kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-27 tidak kesampaian apabila tumbang 2-3 kepada juara Olimpik Rio, Argentina, sebentar tadi.
Pada perlawanan penentuan tempat ketiga itu, Argentina yang tumpas 1-2 di pusingan awal, mendahului 2-0 pada satu ketika tetapi Malaysian Tigers bangkit memadam kelebihan itu dan berjaya mengikat kedudukan 2-2 pada babak pertama.
Begitupun Malaysia membuat permulaan buruk pada suku pertama apabila ketinggalan 0-1 hanya 50 saat perlawanan berlangsung selepas gagal menyekat percubaan Juan Lopez.
Kedudukan Argentina bertambah kukuh apabila pakar pukulan sudut penaltinya, Gonzalo Peillat menjaring gol kedua pada minit ke-11.
Dengan sokongan padu penonton, anak buah Stephen Van Huizen mula melakar kebangkitan dramatik.
Joel Van Huizen membakar semangat rakan sepasukan apabila menjaringkan gol pada minit ke-24.
Tiga minit kemudian Faizal Shaari menyamakan kedudukan melalui pukulan sudut penalti.
Namun harapan yang mula berputik hancur berkecai apabila Pedro Ibarra menyumbat gol kemenangan Argentina pada minit ke-49.
Walaupun Malaysia menyerang bertubi-tubi selepas itu namun buntu untuk mencari jaringan.

Post a Comment