HMetro : India tempat kelima

INDIA menumpaskan Ireland 4-1 untuk menduduki tempat kelima kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-27 sebentar tadi.

Kejayaan itu juga bermakna India menebus kekalahan 2-3 kepada Ireland dalam perlawanan pusingan awal, semalam.

Berbanding pertemuan pertama, anak buah Sjoerd Marijne tidak memberi ruang kepada lawan untuk melakukan sebarang kemusnahan.


Sebaliknya India, juara lima kali dan menduduki tempat ketiga tahun lalu hanya mengambil masa lima minit untuk merobek gol India menerusi Varun Kumar hasil pukulan sudut penalti seterusnya mendahului 1-0 pada suku pertama.

Shilanand Lakra mengukuhkan kedudukan buat India apabila menjaringkan gol pada minit ke-28.

Penguasaan India berterusan pada babak kedua dan Varun menambah jaringan peribadinya dua minit saingan suku ketiga berlangsung diikuti lima minit kemudian oleh Gurjant Singh bagi melengkapkan kemenangan besar pasukannya.

Ireland tidak berputus asa dan akhirnya berjaya menembusi benteng India menerusi Julian Dale pada minit ke-48.

No comments

Powered by Blogger.