Kosmo : Malaysian Tigers kalah bermaruah
SKUAD hoki negara layak menerima pujian walaupun menamatkan saingan hari terakhir Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) edisi ke-27 di Ipoh, Perak semalam di tempat keempat.
Apa tidaknya, Malaysian Tigers, No. 12 dunia adalah pasukan menduduki ranking dunia paling rendah daripada enam pasukan dalam kejohanan ini, namun masih berjaya memperbaiki pencapaian tempat kelima diraih pada tahun lalu.
Malah, ada yang menganggap skuad negara akan dibelasah juara Sukan Olimpik 2016, Argentina pada penentuan tempat ketiga dan keempat di Stadium Hoki Azlan Shah semalam susulan dua kekalahan besar sebelum ini.
Malaysian Tigers tewas 1-5 kepada pasukan ranking keenam dunia, India sebelum kecundang 2-7 di tangan England (No. 7) dunia kelmarin sekali gus menutup peluang mereka ke final tahun ini.
Barisan pemain negara bangkit memperagakan semangat melawan yang cukup tinggi sehingga membuatkan Argentina, No. 2 dunia ‘berpeluh’ sebelum akhirnya terpaksa akur dengan kekalahan 2-3.
Ketua jurulatih skuad negara, Stephen Van Huizen turut memuji kesungguhan dan kekuatan mental ditunjukkan anak-anak buahnya sepanjang aksi penentuan tersebut.
“Kami melepaskan gol pertama seawal 30 saat permainan sebelum ketinggalan 2-0 pada suku masa pertama tetapi para pemain bangkit mengikat kedudukan 2-2.
“Kami hampir menyamakan kedudukan 3-3 tetapi pengadil membuat keputusan tidak membenarkan jaringan ketiga. Keputusan di tangan pengadil, bukan saya.
“Walaupun ada beberapa kelemahan tetapi saya amat gembira dengan prestasi serta kekuatan mental yang cukup tinggi oleh para pemain. Saya sudah cukup berbangga dengan mereka,” katanya selepas tamat perlawanan dengan Argentina semalam.
Malaysian Tigers melepaskan dua gol kepada Argentina menerusi Juan Lopez dan Gonzalo Peillat seawal minit pertama serta 11.
Skuad negara bangkit mengejutkan Argentina dengan dua gol bagi mengikat kedudukan 2-2 melalui Joel Samuel Van Huizen serta Faizal Saari pada minit ke-24 dan 27.
Pedro Ibarra meledak gol ketiga Argentina pada minit ke-49 sebelum Malaysian Tigers mengikat kedudukan, namun dibatalkan pengadil kerana mendakwa bola tidak disentuh oleh pemain negara dan perlawanan tamat dengan kedudukan 3-2.

Post a Comment