Kosmo : Amirah terpilih ke Gold Coast
PUKULAN kilas penyerang berusia 18 tahun, Nur Amirah Shakirah Zulkifli antara faktor utama ketua jurulatih skuad hoki wanita negara, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah menyenaraikan namanya ke Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia bulan depan.
Dhaarma, 48, mengakui terpikat dengan penyudah tajam dimiliki bintang muda itu yang dilihat mampu menjadi senjata utama Malaysian Tigress mengharungi kempen Kumpulan A di Gold Coast bersama-sama England, India, Afrika Selatan dan Wales.
Selain sembilan gol dalam saingan Liga Hoki Wanita Malaysia 2018, Amirah juga berjaya meledak dua jaringan dalam tiga siri persahabatan menentang skuad bawah 21 tahun Jepun (B-21) di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur ketika ini.
“Saya tidak mahu tinggalkan pemain seperti Amirah kerana dia dapat memanfaatkan peluang yang ada depan gawang gol pihak lawan. Semalam (kelmarin) dia berjaya jaringkan satu gol reverse (pukulan kilas) dan hari ini (semalam) juga sama.
“Amirah pasti akan berada dalam pasukan kerana dia berjaya meyakinkan saya sebagai seorang pemain yang boleh menjaringkan gol. Pukulannya cukup kuat untuk menjaringkan gol,” katanya kepada Kosmo! selepas tamat siri ketiga menentang Jepun B-21 semalam.
Dalam perlawanan itu, Malaysian Tigress menang bergaya 4-1 hasil satu gol pukulan kilas Amirah pada minit ke-28 selain masing-masing satu daripada Nuraslinda Said (m-20), Nuraini Abdul Rashid (m-42) dan Nurul Nabihah Mansur (m-47).
Gol tunggal Jepun B-21 diperoleh menerusi Shiho Kobayakawa pada minit keempat.
Ia merupakan kemenangan kedua skuad negara daripada tiga aksi persahabatan setakat ini selepas tewas 1-3 sewaktu perlawanan pertama sebelum bangkit melakar kemenangan 3-1 pada siri kedua Isnin lalu.
Dhaarma juga mendedahkan, beliau akan menyerahkan senarai akhir 18 nama pemain menggalas cabaran skuad negara di Gold Coast kepada Konfederasi Hoki Malaysia selepas tamat siri terakhir menentang Jepun B-21 hari ini.
“Gambaran pemain-pemain akan diketahui selepas perlawanan persahabatan terakhir esok (hari ini). Semua pemain sedia maklum bahawa empat siri persahabatan ini adalah salah satu pemilihan ke Sukan Komanwel 2018,” jelasnya.

Post a Comment