Kosmo : Sukri belum putuskan masa depan
Kapten skuad hoki kebangsaan, Muhammad Sukri Abdul Mutalib masih belum pasti masa depannya selepas ini susulan laporan media semalam mengenai hasrat pasukan Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) menarik diri daripada saingan Liga Hoki Malaysia 2019.
Anak jati Perak itu yang mula beraksi dengan KLHC sejak 2006 menjelaskan beliau agak sedih kerana terpaksa berpisah dengan pasukan berkenaan yang banyak meraih kecemerlangan dalam saingan liga hoki tanah air.
"Saya belum menentukan lagi masa depan saya memandangkan saya masih mempunyai kontrak bersama KLHC sehingga bulan Jun ini, namun banyak kenangan manis yang nikmati bersama KLHC antara juara berganda LHM (juara Liga dan Piala TNB) selama empat tahun dari 2010 sehingga 2013.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pemilik kelab, George Koshy yang banyak membantu kita dalam menaikkan nama kelab ini," kata Muhammad Sukri.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Anugerah Sukan Negara 2017 malam tadi.

Post a Comment