Kosmo :Skuad negara berdepan cabaran sukar
KUALA LUMPUR - Skuad hoki lelaki negara terpaksa cuba sedaya upaya untuk melepasi saingan peringkat kumpulan meskipun dilihat berdepan cabaran sukar pada pusingan akhir Piala Dunia di Bhubaneswar, India, dari 29 November hingga 16 Disember ini.
Skuad bimbingan Stephen Van Huizen berdepan dengan tugas getir untuk mara ke pusingan kedua setelah diundi bersama juara Eropah serta juara dunia tiga kali, Belanda, juara dunia dua kali, Jerman dan bekas juara dunia empat kali, Pakistan, dalam Kumpulan D.
Berdasarkan undian yang dikeluarkan oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) dalam laman rasminya, www.fih.ch, hari ini, skuad Malaysia Tigers akan membuka kempen dengan menentang Belanda pada 1 Dis diikuti Pakistan (5 Dis) dan menamatkan perlawanan kumpulan dengan berdepan Jerman pada 9 Disember.
Menurut ranking dunia, Belanda, selaku naib juara edis lepas pada 2014, menduduki tangga keempat, Jerman (kelima) dan Pakistan ke-13 manakala Malaysia di tangga ke-12.
Sementara itu, juara bertahan, Australia yang juga pasukan ranking pertama dunia disenaraikan dalam Kumpulan B bersama England, Ireland dan China. - Bernama

Post a Comment