Perlu terus pamer belang
IPOH: Aksi bertenaga pemain negara seperti ketika menumpaskan Argentina 2-1 malam tadi, terus dituntut apabila turun menentang India dalam saingan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-27, malam ini.
"Kita sudah lepas satu halangan. Ada dua lagi iaitu bertemu India malam ini dan England pada Jumaat.
"Jika mampu bermain seperti dalam perlawanan menentang Argentina tidak ada sebab kenapa kita tidak boleh berjaya lagi," kata jurulatih, Stephen van Huizen.
Van Huizen berkata, persembahan ketika menentang juara Olimpik Rio 2016 itu adalah yang terbaik dipamerkan anak buahnya setakat ini.
"Semua beraksi cemerlang. Mereka bergandingan dan bekerja keras. Tahniah kepada setiap pemain," katanya.
Pada perlawanan itu, Malaysia memperoleh dua gol padang melalui Muhammad Najmi Jazlan dan Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil pada m-18 dan 28.
Justeru, van Huizen lega kerana anak buahnya sudah mampu mencipta jaringan melalui gol padang selain bergantung kepada pukulan sudut penalti semata-mata.

Post a Comment