Bukan makan angin di Argentina
KAPTEN skuad hoki lelaki negara, Mohammad Sukri Abdul Mutalib tetap mahu meraih sekurang-kurangnya satu kemenangan daripada enam aksi persahabatan menentang Argentina dalam siri jelajah negara itu di Mar del Plata dan Buenos Aires dari 25 Mei hingga 2 Jun ini.
Sukri, 32, tidak mahu Malaysian Tigress pulang tangan kosong tanpa sebarang kemenangan ke atas juara Sukan Olimpik 2016 yang menghuni ranking kedua dunia itu.
Bintang Kelab Hoki Kuala Lumpur itu menegaskan, cuma kemenangan dapat membakar semangat dan menyuntik motivasi tambahan buat para pemain dalam persediaan menghadapi Sukan Asia 2018 di Jakarta dan Palembang, Indonesia pada Ogos depan.
“Tiada guna kalau sekadar datang bermain melengkapkan jadual jelajah sahaja. Sekurang-kurangnya perlu meraih sesuatu yang berguna untuk membantu persiapan kami ke Sukan Asia 2018.
“Jarak perjalanan ke Argentina memakan masa selama 30 jam. Sudah tentu kami tidak mahu datang jauh-jauh tetapi tewas semua perlawanan dengan prestasi yang kurang bagus dipamerkan sepanjang perlawanan di sini.
“Kalau boleh kami perlu menang satu daripada enam perlawanan supaya berbaloi dengan perjalanan jauh dan dapat memberikan motivasi kepada pasukan,” katanya.
Seramai 20 pemain skuad negara yang berlepas ke Argentina dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kelmarin tiba di Buenos Aires semalam.
Anak-anak buah Stephen Van Huizen itu dijadualkan menentang Argentina yang akan diperkuatkan dengan pakar flick dunia, Gonzalo Peillat pada siri pertama persahabatan di Mar del Plata pada 25 Mei ini.
Sukri menjelaskan, dia mahu melihat persefahaman antara pemain dan kesan latihan keras selepas pulang daripada Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia bulan lalu dalam siri Jelajah Argentina ini.
“Jika dinilai perkembangan latihan sekarang, kami mungkin tidak mendapat satu permainan yang cukup bagus di Argentina kerana masih dalam fasa latihan teruk.
“Kami menjalani latihan keras untuk meningkatkan tahap fizikal serta kecergasan dan pada masa sama mahu melihat konsistensi pasukan apabila menentang pasukan dalam kelompok enam terbaik dunia seperti Argentina,” jelasnya.

Post a Comment