Syed Syafiq berisiko terlepas sertai skuad negara

Pertahanan hoki negara, Syed Mohd Syafiq Syed Cholan, menyertai senarai tiga pemain yang mengalami kecederaan menjelang lima aksi persahabatan menentang pasukan ranking pertama dunia, Australia di Perth, bulan depan sebagai persiapan Sukan Asia Indonesia.

Skuad hoki negara menyambung sesi latihan di Bukit Jalil selepas tamat cuti sempena hari raya Aidilfitri.

Senarai pemain cedera kian bertambah selepas pertahanan, Izad Hakimi Jamaluddin, dan pemain tengah, Fitri Saari.


Kecederaan lutut berpanjangan Syed Syafiq makin serius hingga boleh  menjejaskan peluangnya ke Perth dan Sukan Asia.

"Izad tersisih sejak kempen liga (Liga Hoki Malaysia) dan semakin hampir untuk kembali.

"Masa semakin suntuk buatnya dan kami perlu mempersiapkannya agar memiliki peluang realistik untuk merebut tempat dalam Sukan Asia 2018. 

"Sementara itu, Syed Mohd Syafiq ditimpa kecederaan semasa siri jelajah Argentina. Saya harap dia segera sembuh dalam tempoh rehat selama dua minggu ini. 

"Mudah-mudahan kecederaannya hanya ringan dan dia boleh kembali berlatih. 

"Fitri pula mengalami kecederaan ringan di bahagian hamstring sehingga terlepas untuk mengikuti siri jelajah Argentina.

"Dia akan merujuk kepada doktor esok dan saya harap dia dibenarkan kembali menjalani latihan," kata jurulatih negara, Stephen Van Huizen. 

Malaysia menamatkan siri persahabatan menentang juara Sukan Olimpik, Argentina yang berakhir dengan satu kemenangan satu seri dan empat kekalahan di Buenos Aires, awal bulan ini.
Tag

No comments

Powered by Blogger.