Terbuka Singapura: Kirandeep lengkapkan senarai 18 pemain
Sifat berani dan tidak menyerah kalah menarik minat pengendali skuad hoki wanita negara, Dhaarma Raj Abdullah, untuk menyenaraikan penyerang muda berusia 15 tahun, Kirandeep Kaur, dalam senarai 18 pemain menghadapi Kejohanan Hoki Siri Terbuka Singapura.
Dhaarma menganggap ini adalah keputusan tepat untuk menyenaraikan penyerang muda itu selepas menilai kesungguhannya untuk menonjolkan diri dalam pasukan ketika sesi latihan.
Meskipun Kirandeep antara yang termuda, sifat berani untuk bersaing dengan pemain senior di padang tidak menenggelamkan aksinya hingga menarik perhatian jurulatih itu.
Ini juga salah satu pendedahan awal andai khidmatnya ditagih sekali lagi untuk menggalas cabaran dalam Sukan Asia Ogos depan.
"Saya mengambil keputusan untuk memberikan peluangnya kepadanya untuk membuktikan kebolehan beraksi di Singapura," kata Dhaarma.
"Kami akan menilai persembahannya dan mungkin dapat menyertai pasukan ke Sukan Asia."
Pemain berasal dari Kuala Lumpur ini mengidam untuk menjaringkan gol seberapa banyak yang mungkin di Singapura nanti.
Kepercayaan yang diletakkan Dhaarma tidak akan disia-siakan selain mahu membuktikan usia muda bukan penghalang untuknya menyerlah dalam skuad senior buat julung kali.
"Saya sangat teruja dan dalam masa sama agak gementar untuk buat pertama kali beraksi untuk Malaysia," kata Kirandeep.
"Saya berharap dapat menampilkan aksi terbaik untuk membuktikan kebolehan saya."

Post a Comment