Kuala Lumpur bukti status selaku pencabar

KUALA LUMPUR - Skuad hoki wanita Kuala Lumpur membuktikan kesungguhan mencabar kejuaraan Piala Tun Abdul Razak musim ini apabila bergaya membelasah Perak 6-2 pada aksi pertama Kumpulan A di Stadium Hoki Kuala Lumpur sebentar tadi.


Kemenangan itu membolehkan Kuala Lumpur mengungguli carta Kumpulan A mengatasi juara bertahan, Pahang pada tempat kedua berdasarkan kelebihan jaringan gol.


Enam gol Kuala Lumpur dijaringkan oleh Nurrobiatu Norhisham pada minit kelapan dan 51, Nur Syafiqah Mohd. Zain (m-21, m-44) serta Nur Zafirah Aziz (m-35, m-58).

Dua gol Perak diperoleh menerusi jaringan Norbaini Hashim dan Sofia Eizzatul Zambahari pada minit ke-26 serta 43.

Pahang terpaksa akur menghuni tangga kedua Kumpulan A pada saingan hari pertama hari ini biarpun berjaya menewaskan Terengganu 4-0 petang tadi. - K! ONLINE

No comments

Powered by Blogger.